
|
Ahlan Wasahlan ![]() Hello Assalamualaikum guys! Do follow me yeah! Enjoy Reading! Shout Out Loud! ![]() Big Claps to... ![]() Skin Made by : Umi Humaira Basecode : Aina Hanani Best view in :Google Chrome only Header & Cursor by :Nurul AtieQa
| Copy & Paste
Friday, 7 December 2012 | 19:45 | 0 Leopard
WAHAI DIRIKU..
Jangan bermain dengan maksiat kerana ia
mengotorkan hati. Hati yang kotor bagaikan cermin gelap yang sukar
ditembusi cahaya. Ia terhijab daripada nur Allah. Padamnya pelita hati
bererti hilanglah kebahagiaan hidup. Keberkatan yang diperolehi akan
berlalu bagai angin yang menyapa sekali-sekala.
Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu
sebenarnya mahu engkau ke syurga. Namun apa yang boleh buat. Engkau
lebih suka ke neraka...
Hati yang keras & terhijab tak akan dapat mengubah sifat lahiriah yang terbit dari dirimu. Sifat lahiriah berhubung rapat dengan kehendak hati. Hati yang seumpama raja itu mengawal seluruh pergerakan lahiriah manusia hatta kerlingan mata sekalipun.
Hati yang cinta maksiat mengerahkan
seluruh anggota menuju jalan maksiat. Akal akan merancang & mengatur
strategi untuk memenuhi tuntutan hati yang jahat. Mata pula mengawasi
kehendak hati terlaksana. Bila anggota lain mengambil peranan maka
tercetuslah kejahatan di tengah kehidupan.
Menanglah nafsu tewaslah akal. Apakah hati bahagia selepas itu? Tidak, bahkan deritanya bertambah berganda-berganda. Titik noda makin membesar mengambil tempat di ruang hati. Ia bagai dedalu di atas pohon, menumpang tapi menyeksakan.
Hati yang sebegini tidak ada harganya. Ia
busuk, buruk & berulat pada pandangan mata rohani. Inilah hati yang
hendak kita bawa berjumpa Tuhan. Inilah hati yang kita heret ke hulu
& ke hilir. Hati inikah yang hendak kita terus simpan? Sanggupkah
jasad kita menampung hati yang buruk? Sering kali kita mengeluh &
mengadu ibadah yang selalu cuai khususnya sembahyang yang selalu lalai.
Pelikkah itu, sedangkan kita mengadu & memohon dengan hati yang
busuk tadi? Mana mungkin rintihan & doa didengar malahan untuk
diterima kalau lahirnya dari lebuk yang berulat itu??
Cukuplah Malaikat sebagai saksi busuk & hanyirnya bau hati yang kononya merintih itu. Jangan berpura-pura lagi. Sudah lama kau menipu diri, menipu manusia & menipu Tuhan. Alangkah beraninya engkau. Alangkah kejinya perbuatanmu selama ini. Berpura-pura berlakon di atas pentas dunia. Penonton-penonton pun terpukau, hairan & takjub menyaksikan lakonan sandiwaramu. Engkau pun mengumpul peminat yang cukup ramai. Tunggulah waktu tirai akan dilabuh, tabir akan disingkap & ketika itu hakikat dirimu akan terserlah.
Allah bersumpah demi kebesaran dan
keagungan kerajaan-Nya. Tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari
Hisab & Mahkamah Akhirat. Pendakwaraya akan menyoalmu tanpa belas
kasihan. Saksi-saksi memberi bukti tanpa selindung lagi. Terbeliak
matamu menyaksikan sejarah hidupmu terpapar dengan terang & jelas.
Manusia ramai turut melihat aib-aibmu selama ini. Kau akan mengeletar,
pucat, & mungkin pengsan. Hari itu tidak ada belas kasihan. Hukuman
akan dijatuhkan.
Bersiaplah ujian yang pertama menjadi penentu nasibmu seterusnya.
Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke Syurga. Namun apa boleh buat? Engkau lebih suka ke Neraka... DibantuNya engkau dengan dikurniakan sahabat-sahabat yang soleh. DiingatkanNya engkau dengan panduan Al-Quran & As-Sunnah. DibimbingNya engkau dengan hidayah & petunjukNya. Diasuh-Nya engkau dengan kasih sayang & cintaNya. DididikNya engkau dengan ujian yang mendatang & kadang-kadang diugutNya engkau dengan beberapa peringatan bagai seorang ayah memarahi anaknya. Ingatkah engkau semua itu??
Allah tersangat kasih & cinta dengan makhluk yang bernama manusia.
Namun sekali lagi apa boleh buat. Engkau di dunia telah lupa daratan... Kau tolak mentah-mentah & bulat-bulat cinta yang agung itu. Sebaliknya engkau serahkan jiwa ragamu mengikut hawa nafsu & ternyata kau gagal bahkan kecewa. Tewas & kecundang sebelum sempat bertaubat. Anggapanmu meleset. Angan-anganmu panjang menjangkau usia. Dan mati akan datang tiba-tiba, tidak kira waktu, tempat & usia. Kau menzalimi dirimu sendiri.. Allah SWT berfirman: "Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya & nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya & Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir." (Az-Zumar, 39: 42) Apa lagi selepas ini yang dapat menyedarkanmu. Sesudah kau diancam dengan neraka & diingatkan akan azab & deritanya di sana. Seksa & sakitnya timpa menimpa kekal selamanya. Masihkah kau ingat & tentu sudah terbaca tentang ‘zaqqum’ pohon neraka itu. Buahnya itu merobek hancur segala isi perut..
Kalau benar-benar kamu tidak takut dengan
semua ini maka bersiaplah. Kamu dicabar. Buatlah dosa & maksiat
setanding Firaun, Namrud, Abu Lahab & mereka yang terkenal angkuhnya
di dunia. Jika ingin jadi orang mulia, mujahadahlah dari sekarang.
Tidak ada konsep ‘fifty-fifty’ ( 50-50 ) dalam hidup.
Yang hak jelas, yang batil juga jelas..
Sudah sampai masanya engkau membuat
perubahan. Tentukan jalan hidupmu. Jika hendak ke neraka, silakan. Tiada
halangan apa-apa. Ikutlah bisikan hawa nafsu.
Langgar sahaja, apa peduli. Peluang hanya sekali. Kalau ingin ke syurga bersiaplah, kamu pasti diuji. Syurga yang indah & cantik itu mahal harganya. Perlu kau bayar dengan darah & air mata. Jiwamu itulah tebusan membeli syurga.. |